1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal
tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang
tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik
daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik
daripada 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik
daripada 70 lelaki soleh.
5. Barang siapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang
sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t.
dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang
makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan
kepada keluarganya, maka pahalanya seperti
bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail
a.s.
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali
haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-
dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari
pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi’alaa
Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah
dalam segala keadaan dan aku mohon ampun
kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah
menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan
mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari
seksa, bahkan AllahTa’ala mengangkatnya ke atas
darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid,
apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama
haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya
akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di
dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan
atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia
bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka
dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa
serta bertanggung jawab, maka baginya adala
syurga.
10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji
dengan sesuatu daripada anak-anak
perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka merekaakan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka."
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu
bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada
suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan
terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-
mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-
ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit,
matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya dan
meredhainya (serta menjaga sembahyang dan
puasanya).
15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada
Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar
haknya terhadap wanita ?" Jawab
baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap
lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".
16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan
solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan
(Ramadhan), memelihara kehormatannya serta
taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk
syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
17. Tiap perempuan yang menolong suaminya
dalam urusan agama, maka Allah s.w.t.
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu
daripada suaminya(10,000 tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandung
janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah s.w.t.mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah
lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang
tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala
berpuasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala
beribadat pada malam hari.
22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit
hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan
baginya pahala orang yang berjihad pada jalan
Allah s.w.t.
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala
70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan
pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala
haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan
anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti
keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari
selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati
syahid.
26. Wanita yang memberi minum susu kepada
anaknya daripada badannya (susu
badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap
titik susu yang diberikannya.
27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup
tempo (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di
langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib
baginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada
anaknya yang menangis, Allah akan memberi
pahala satu tahun solat dan puasa.
29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur
yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang
sakit akan mendapat pahala seperti
membebaskan 20 orang hamba.
30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam
hari karena menjaga anak yang sakit akan
diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan
bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12
tahun pahala ibadat.
31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian
suaminya, maka Allah mencatatkan baginya
seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu
kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang
disinari sang suria akan meminta keampunan
baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu
darjat untuknya.
32. Seorang wanita yang solehah lebih baik
daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan
seorang wanita yang melayani suaminya selama
seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu
neraka dan dibukakan baginyade lapan pintu
syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana
saja tanpa dihisab.
33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya
hingga pulanglah ia, disapukan mukanya,
dihamparkan duduknya atau menyediakan makan
minumnya atau merenung ia pada suaminya atau
memegang tangannya, memperelokkan hidangan
padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan
hartanya pada suaminya kerana mencari
keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan
tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya
dan setiap renungannya pada suaminya
sebagaimana memerdekakan seorang hamba.
Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur
hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas
kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang
sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada
seorang isteri yang siang dan malamnya
menggembirakan suaminya.
35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih
sayang dan suaminya melihat isterinya dengan
kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh
rahmat.
36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan
mendapat pahala 12 tahun solat.
37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang
pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan
medapat pahala jihad.
38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita
memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala
tola perak.
39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang
berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk
suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan
oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya
dari bakaran api neraka.
40. Thabit Al Banani berkata: Seorang wanita dari
Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat
baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia
menghidangkan makanan dihadapan suaminya,
dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai
makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan
sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan
sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang
buta telah celik. Allah kurniakan keramat
(kemuliaan pada perempuan itu kerana
memuliakan dan menghormati suaminya).
41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah
s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati
beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda
lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan
mayat ?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda
Baginda, "Seeloknya kamu sekalian tidak perlu
ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi
tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada
suami nIscaya pahalanya sama dengan ibadat-
ibadat orang lelaki.
42. Wanita yang memerah susu binatang
dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu
dengan doa keberkatan.
43. Wanita yang menguli tepung gandum
dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir
akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di
Baitullah.
45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang
mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah
akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api
neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit
dan bumi."
46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang
memintal benang, Allah akan mencatatkan
untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang
yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan
jahat."
47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang
menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah
menentukan satu tempat khas untuknya di atas
takhta di hari akhirat."
48. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang
meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya,
mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri
anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya
pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan
memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat
dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata
orang-orang yang memerhatikannya."
50. Sabda Nabi s.a.w.: "Ya Fatimah barang mana
wanita meminyakkan rambut dan janggut
suaminya, memotong misai dan mengerat
kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari
sungai sungai serta diringankan Allah baginya
sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya
menjadi sebuah taman daripada taman- taman
syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan
dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian
Shirat."
Begitu istimewanya seorang yang bernama wanita